Di sebalik penularan Omicron, KKM kata PRN Johor boleh diteruskan

0
1
grafik

DI SEBALIK penularan varian Moicron, Kementerian Kesihatan (KKM) berpendirian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata KKM telah memuktamadkan syor SOP khusus bagi PRN Johor yang telahpun dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, deraf SOP tersebut kemudian akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dilaksanakan.

“Pendirian KKM ialah memandangkan Omicron setakat ini tidak menunjukkan kesan teruk seperti seperti (varian) Delta, maka PRN boleh diteruskan tapi dengan SOP yang akan diumumkan kelak,” katanya hari ini.

Pada 24 Januari lalu, SPR memaklumkan pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Johor pada 9 Februari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan mesyuarat itu akan membincangkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here