Sijil vaksinasi warga emas, penerima Sinovac tak ambil dos penggalak bertukar putih 1 Mac

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sekali lagi mengingatkan semua penduduk berusia 60 tahun ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac dewasa perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekal status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata jika tidak berbuat demikian sijil vaksinasi berwarna kuning di MySejahtera akan bertukar putih iaitu berstatus tidak lengkap.

“Untuk kekalkan sijil vaksinasi penuh, semua warga emas dan penerima dewasa Sinovac perlu mengambil dos penggalak sebelum 1 Mac.

“Jika tidak sijil vaksinasi akan bertukar kepada warna kepada putih bermaksud sijil vaksinasi penuh tidak diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut Khairy, beliau dimaklumkan terdapat keengganan daripada penerima Sinovac untuk mendapatkan vaksin dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca.

Beliau mendedahkan sehingga kini 3.5 juta penerima vaksin primer Sinovac belum menerima dos penggalak dan mereka terdedah kepada varian Omicron.

“Keberkesanan Sinovac tidak setinggi Pfizer. Sebab itu saya buat keputusan bahawa walaupun KKM masih galakkan mereka terima Pfizer atau AstraZeneca, mana-mana boster itu lebih baik.

“Atas sebab itu kita akan keluarkan temujani untuk mereka pilih jika nak Sinovac juga. Tapi sekali lagi ditegaskan perlindungan terbaik adalah Pfizer atau AstraZeneca,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here