Omicron menular: Boleh laksana PRN Johor guna SOP sederhana, pemantauan

0
2

Nilam Oshman

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor boleh diadakan dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) sederhana tetapi dengan pemantauan rapi.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr Zainal Ariffin berkata walaupun kes baharu Covid-19 kini melepasi 11,000 namun majoriti kes melibatkan kategori 1 dan 2 yang disifatkan gejala ringan.

Justeru, katanya, ditambah pula dengan imuniti tinggi selepas hampir 98 peratus populasi dewasa sudahpun lengkap dua dos vaksinasi, maka tiada masalah untuk diadakan PRN Johor.

“Pertama kita kena tengok dulu statistik kes baharu Covid-19 kerana walaupun sekarang kes Omicron banyak tetapi kes jangkitan itu 98 peratus adalah kategori 1 dan 2, kategori ringan.. tak perlu masuk hospital pun.

“Jadi kalau kita dah ada imuniti tinggi, jangkitan Covid-19 masa ini dapat ditangani dengan meningkatkan imuniti tersebut.

“Kedua, untuk PRN ini kita ada dua faktor.. pertama proses demokrasi, kedua kita kena kawal jangkitan wabak tersebut. Sekiranya kita ikut keadaan dengan statistik kerajaan maknanya semua itu ‘mile’ sahaja jadi tiada masalah kita buat PRN.

“Namun, mesti dibuat dengan SOP dan ia bergantung kepada persepsi kerajaan sama ada mereka anggap kes Covid-19 ini, kes yang serius atau dijangkakan,” katanya kepada Malaysiapost.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya sememangnya menjangka peningkatan kes Covid-19 akan berlaku namun tidak perlu risau sebaliknya kerajaan perlu menjelaskan betul-betul kerana orang ramai panik.

“Justeru, saya rasa ‘mile’, vaksinasi tinggi dan jangkitan Covid-19 terkawal. Kita boleh adakan PRN dengan SOP yang sederhana tetapi mesti ada pemantauan.

“SOP sederhana itu maksudnya proses demokrasi itu terbuka sedikit, apa-apa pun kita tunggu pengumuman Menteri Kesihatan petang ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here