SELEPAS mengumumkan sudah berkahwin kali kedua dengan jejaka mat salleh, pelakon Sharifah Sakinah berang apabila dituduh keluar dari agama Islam.
Bagi menjelaskan perkara sebenar, Sharifah Sakinah, 33, memuat naik kad perakuan memeluk Islam milik suami, Mikael Hansen bagi membuktikan dia tidak keluar agama seperti didakwa.
“Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu birukan keluarga mentua ya.
“Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu, mahu mak awak melenting tak? Nak sangat bukti, swipelah. Terima kasihlah sebab mengharu birukan keadaan.
“Kalau sudah cakap, sudahlah, tak payah buruk sangka. Habis, semua nak kena tunjuk bukti? Tak tunjuk nak jaga hati keluar sana,” tulisnya dalam kapsyen di Instagram.
Semakan terbaharu di Instagram pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khairedi mendapati hantaran tersebut telah dipadam.
Kenyataan pelakon drama Isteri Misteri itu dibuat selepas dia menerima hantaran mesej dari individu tidak dikenali menerusi laman tersebut yang mengucapkan tahniah kerana memeluk Kristian.
“Tahniah Kinah masuk Kristian,” tulis individu terbabit.
Baru-baru ini, Sharifah Sakinah mengumumkan telah berkahwin dengan jejaka dari Sweden, Micheal Hansen
Namun, dia tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya dengan lelaki berstatus duda itu atas alasan peribadi dan agama. – Malaysiapost

