KES harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak apabila melebihi angka 11,000 hari ini.
Sebanyak 11,034 kes dilaporkan hari ini, iaitu peningkatan hampir 1,000 kes berbanding 10,089 semalam, dipercayai akibat penularan varian Omicron.
Kali terakhir kes di Malaysia melebihi angka 11,000 ialah 11,889 yang dicatatkan pada 1 Oktober tahun lalu.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes terus meningkat kepada 2,925,254.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. – Malaysiapost

