Mahkamah tolak rayuan Khairy kes saman fitnah Anwar

0
2

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini sebulat suara menolak rayuan rayuan Khairy Jamaluddin berhubung tuntutan saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkaitan ceramah di Lembah Pantai, 13 tahun lalu.

Sebaliknya, tiga panel hakim diketuai Datuk Lee Swee Seng sebulat suara menolak rayuan kenyataan ‘main belakang’ oleh Menteri Kesihatan itu, selain memerintahkan beliau membayar kos ganti rugi RM150,000 kepada Anwar, lapor Malaysia Gazette.

Turut bersidang secara dalam talian pagi ini ialah Hakim Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Hakim Datuk Ghazali Cha.

Pada 29 September 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan Khairy memfitnah Anwar dan menolak permohonannya untuk mengubah pernyataan pembelaan.

Pada 19 Februari 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ahli Parlimen Rembau itu atas sebab teknikal tanpa meritnya didengar.

Namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy dan mengarahkan Mahkamah Rayuan mendengar meritnya.

Sejurus selepas keputusan disampaikan, peguam mewakili Khairy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan pihaknya akan membawa kes ini kepada Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Presiden PKR pula diwakili oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Sebelum ini ketika prosiding sebelum-sebelum ini, Sri Ram ketika berhujah perkataan yang diucapkan oleh Khairy membawa maksud memfitnah terhadap Anwar.

“Dalam hal ini, adalah penting untuk diingat bahawa perkataan atau kenyataan yang dikeluh oleh Anwar ialah: ‘Anwar main dua-dua ikut belakang.’

“Dalam pengertian Bahasa Melayu yang biasa dan difahami oleh rakyat Malaysia (sama ada beliau Melayu atau tidak) perkataan itu merujuk kepada hanya satu perlakuan iaitu, dalam konteks ia diucapkan, homoseksualiti,” hujahnya.

Manakala pada prosiding 2 November 2021, Muhammad Shafee berhujah ucapan Khairy semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 adalah merujuk kepada gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang dan tidak mempunyai kaitan dengan kes liwat Anwar.

Dakwa Muhammad Shafee, Khairy bercakap mengenai gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP semata-mata bagi tujuan menghadapi pilihan raya.

Anwar menyaman Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno pada 7 Mac 2008 mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di portal berita. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here