Juri beri 5 markah sahaja, Iqbal mahu tarik diri dari Big Stage

0
2

USAHAWAN dan penyanyi yang kini menjadi peserta Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli mempersoalkan pemberian markah oleh juri tetap program tersebut, Ajai sejurus selesai persembahannya semalam.

Bertanya mengenai persembahannya, dia yang dikenali sebagai Iqbal berkata adakah kemunculannya di pentas semalam sangat teruk sehingga mendapat markah lima peratus sahaja.

“Tentang pemarkahan itu terserah pada juri profesional. Cuma bila lima markah tu, jadi tertanya-tanya.. apa buruk sangat ke sampai lima? Saya jadi macam… apa masalahnya, apa yang sampai begitu?

“Tapi bukan bermaksud saya tak boleh terima, saya ok saja. Cuma sampai sekarang saya rasa macam tak layak untuk berada di sini (Big Stage),” katanya.

Demikian itu, bekas pembantu Datuk Seri Vida itu mahu berbincang dengan pihak produksi dan mungkin menarik diri dari terus bertanding.

Menurutnya, dia merasakan tidak layak untuk terus berada di pentas program tersebut kerana sedar tahap kemampuannya tidak sehebat peserta lain.

“Untuk minggu depan saya rasa kena bincang dengan Astro, saya rasa kena tarik diri… untuk tidak menyertai lagi.

“Saya memang serius kalau buat lagu tapi untuk pentas ini saya bukan tak serius Cuma sedar kemampuan diri setahap mana. Saya sedar diri saya,” ujar Iqbal.

Teka-teki mengenai peserta ke-12 Big Stage 2022 terungkai selepas Iqbal muncul mengejut pada konsert pengenalan semalam.

Sebelum ini pihak Astro merahsiakan identiti peserta ke-12 dan diuar-uarkan sebagai kejutan dan akhirnya muncul usahawan sensasi itu yang menyanyikan lagu Bila Bulan Berbicara nyanyian asal Broery Marantika. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here