Kenyataan Anwar buka lembaran baharu – PKR Perak

0
2
IPOH 06 OKTOBER 2019. Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Tambun 2019, di Dewan Taman Perpaduan, Ipoh. NSTP/ABDULLAH YUSOF. *** Local Caption ***

PKR Perak menyifatkan pengumuman dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membuka lembaran baharu kepada negara ini.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata kerajaan baharu itu adalah gabungan entiti politik dalam pentadbiran negara.

Beliau berkata, gabungan itu akan membawa reformasi di dalam negara seperti yang termaktub di dalam Deklarasi Permatang Pauh 1998.

“Kelantangan suara reformasi dalam kalangan rakyat Malaysia tidak pernah hilang selama 22 tahun kita berjuang. Pada hari ini Presiden kita Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membuka lembaran baharu atau ‘A New Dawn’ buat Malaysia.

“Jika sebelum ini kebangkitan rakyat terhadap penyalahgunaan institusi kerajaan telah menghasilkan kerajaan Pakatan Harapan, hari ini telah terbukti bahawa satu persaudaraan baharu yang mampu menjanjikan kestabilan agar masa depan rakyat terjamin,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Anwar, berkata kerajaan baharu yang bakal wujud itu membuktikan bahawa pengkhianatan dilakukan sebelum ini sesuatu yang tidak dapat diterima.

Terdahulu, Anwar mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional. -Malaysiapost