
KES harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak, melebihi angka 10,000 buat pertama kali dalam tempoh lebih empat bulan.
Terbaharu sebanyak 10,089 kes dilaporkan hari ini, iaitu peningkatan hampir 1,000 kes berbanding 9,117 semalam, dipercayai akibat penularan varian Omicron.
Kali terakhir kes di Malaysia melebihi angka 10,000 ialah 10,915 yang dicatatkan pada 2 Oktober tahun lalu.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes terus meningkat kepada 2,914,220.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini. – Malaysiapost
