Anwar ‘pelawa’ Muhyiddin sertai kerajaan baharu

0
2

Fitri Nizam

PENGERUSI Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan bahawa ada tempat untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ‘kerajaan baharu’ seperti diumumnya hari ini.

Beliau berkata, dirinya tidak ada masalah peribadi dengan Presiden Bersatu itu.

Justeru, Anwar mempersilakan Muhyiddin untuk memberikan kerjasama supaya peralihan kerajaan dibuat dalam suasana aman dan teratur.

“Seandainya beliau bersedia, beliau boleh bersedia berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai,” kata Anwar ketika pengumuman itu.

Sementara itu, ketika menjawab siapakah bakal Timbalan Perdana Menteri, Anwar berkata bukan Datuk Seri Wan Azizan Wan Ismail.

“Azizah akan jadi timbalan, penasihat, kekasih dan pastinya isteri,” katanya.

Pada sidang media itu, Anwar mendakwa memiliki sokongan kukuh dan menyakinkan daripada majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau berkata, sokongan diterimanya adalah daripada pelbagai parti malah majoriti sokongan diterimanya adalah di kalangan Ahli Parlimen Melayu.

Anwar mendakwa sokongan diterimanya bukanlah majoriti mudah sebaliknya majoriti inklusif yang kukuh. -Malaysiapost