PM sedih, anggap berita kematian Rayan menyayat hati

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa sedih dengan berita menyayat hati kematian Rayan Oram yang disahkan oleh Istana Diraja Maghribi.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter selama lima hari di kampungnya di Ighran, terletak di kawasan berbukit dekat Chefchaouen, utara Maghribi.

“Saya dan seluruh keluarga Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

“Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Maroccolatestnews.com melaporkan berita kematian Rayan yang disahkan Istana Diraja Maghribi semalam.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan Rayan pada petang semalam, selepas lima hari usaha berterusan, bagi mengeluarkan kanak-kanak itu.

Namun Rayan tidak dapat diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here