Rayyan meninggal dunia

0
2

KANAK-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun yang terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter sejak Selasa, dilaporkan meninggal dunia.

Memetik Maroccolatestnews.com, berita kematian Rayan Awram itu disahkan Istana Diraja Maghribi semalam.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan Rayyan Awram pada petang semalam, selepas lima hari usaha berterusan, bagi mengeluarkan kanak-kanak itu.

“Dengan penuh dukacita, Rayyan meninggal dunia akibat kecederaannya.

“Susulan kejadian tragis yang mengorbankan nyawa  Rayyan Awram, Duli Yang Maha Mulia Raja Maghribi Raja Mohammed VI,  mengadakan panggilan telefon dengan ibu bapa kanak-kanak itu, Khaled Awram dan Ouassima Kharchich, bagi menzahirkan ucapan takziah.

“Semoga Allah memeliharanya,” katanya dalam kenyataan siaran akhbar daripada Istana Diraja Maghribi.

Terdahulu, kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa menjadi tular setelah video kejadian itu distrim secara langsung di seluruh dunia melalui platform media sosial. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here