
KES harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan peningkatan mendadak, dipercayai akibat penularan varian Omicron.
Terbaharu sebanyak 9,117 kes dilaporkan hari ini, iaitu tertinggi sejak kira-kira empat bulan lalu.
Kali terakhir kes di Malaysia melebihi angka 9,000 ialah 9,751 yang dicatatkan pada 8 Oktober tahun lalu.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes terus meningkat kepada 2,904,131.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Semalam jumlah terbaharu kes Covid-19 melonjak ketara apabila mencatatkan 7,234 kes, meningkat mendadak berbanding 5,720 kes pada 3 Februari. – Malaysiapost
