Air Evian, DAP tak ada isu lain ke? – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Ahli Parlimen DAP susulan tular hidangan air mineral berjenama ketika mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara baru-baru ini, sama ada ditaja pihak tertentu.

Ini susulan klip video menunjukkan air botol 500ml berjenama Evian keluaran syarikat Perancis itu dihidangkan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat itu pada 31 Januari lalu.

“DAP takde isu lain ke? Dulupun Menteri Kewayangan juga dihidangkan air berjenama dengan harga RM4.50 itu dalam mesyuarat kementerian dia biarpun dia asyik ratib kerajaan sudah bankrap masa itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, Najib berkata, kini perkara paling penting adalah berkaitan harga ayam.

“Kerajaan telahpun turunkan harga ayam dari lebih RM10.50 ke RM9.50, ke RM9.30, ke RM9.10 dan kini ke RM8.90 dengan kombinasi skim harga kawalan dan subsidi kepada penternak.

“Namun saya harap kerajaan akan kotakan janji untuk memberi subsidi kepada penternak dan tidak lewat membayar agar penternak tidak terus tanggung kerugian susulan kenaikan kos dedak, pengangkutan dan elektrik berikutan gangguan lockdown seluruh dunia.

“Sebab siapa yang nak ternak jika terpaksa menjual pada harga yang lebih rendah berbanding harga pengeluaran. Ini asas ekonomi.

“Jika penternak tidak dibayar maka kita ada risiko bekalan ayam dan telur akan terputus seperti amaran saya bulan April dan September lalu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here