Bantuan banjir: Tiga maklum balas rakyat perlu tindakan segera – Pemuda Umno 

0
2

PEMUDA Umno mohon kerajaan khususnya Kementerian Kewangan mengambil tindakan segera terhadap tiga maklum balas utama daripada rakyat berkaitan bantuan banjir. 

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya menerima maklum balas tersebut daripada orang ramai sejak dua minggu melalui talian hotline termasuk mesej secara individu kepada beliau sendiri. 

Katanya, antara maklum balas dibangkitkan, terdapat tiga isu utama yang menjadi kegusaran rakyat . 

“Isu berkenaan adalah pertama, kelewatan Bantuan Khas Covid yang diuruskan NADMA iaitu RM100 sehari untuk maksimum RM1,400 atau 14 hari yang hilang punca pendapatan akibat kuarantin Covid-19 atau menerima rawatan pesakit Covid-19. 

“Isu kedua, kelewatan pelbagai bantuan khas dijanjikan kerajaan kepada mangsa banjir baru-baru ini (seiring juga dengan laporan media yang melaporkan 30,000 mangsa banjir di Selangor masih belum terima bantuan daripada peruntukan yang diuruskan Kerajaan Negeri Selangor). 

“Dan isu ketiga harapan dan #TuntutanRakyat yang benar-benar susah dan amat terdesak mengharapkan pengeluaran kali terakhir wang simpanan mereka daripada KWSP RM10,000 one-off,” katanya menerusi Facebook. 

Beliau berkata, isu-isu tersebut telah dibawakannya ke pengetahuan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk diambil tindakan segera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here