7,000 kes tempatan, 21 kluster baharu Covid-19

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

SECARA keseluruhan daripada 7,234 kes baharu harian Covid-19 di Malaysia yang direkodkan sehingga jam 12 tengah hari ini, 7,000 kes adalah jangkitan tempatan, mankala 234 adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes tempatan itu adalah membabitkan 6,754 warganegara dan 246 bukan warganegara.

Menurutnya, bagi kes import pula 92 adalah warganegara, manakala 142 lagi bukan warganegara.

“Daripada 7,234 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 73 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,161 kes (99 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kluster baharu yang dilaporkan pula adalah sebanyak 21 kluster menjadikan keseluruhan kluster dikesan sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 6,478 kluster dengan 6,132 kluster telah tamat dan 346 kluster masih aktif.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 118 kes (81 kes disahkan Covid-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 57 kes (34 kes disahkan Covid-19; 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh baharu yang dilaporkan adalah 5,254 kes menjadikan 2,799,608 kes kumulatif yang telah sembuh daripada keseluruhan 2,895,014 kes setakat ini. – Malaysiapost

7,000 kes tempatan, 21 kluster baharu Covid-19

SECARA keseluruhan daripada 7,234 kes baharu harian Covid-19 di Malaysia yang direkodkan sehingga jam 12 tengah hari ini, 7,000 kes adalah jangkitan tempatan, manakala 234 adalah kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes tempatan itu adalah membabitkan 6,754 warganegara dan 246 bukan warganegara.

Menurutnya, bagi kes import pula 92 adalah warganegara, manakala 142 lagi bukan warganegara.

“Daripada 7,234 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 73 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,161 kes (99 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, jumlah kluster baharu yang dilaporkan pula adalah sebanyak 21 kluster menjadikan keseluruhan kluster dikesan sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 6,478 kluster dengan 6,132 kluster telah tamat dan 346 kluster masih aktif.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 118 kes (81 kes disahkan Covid-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 57 kes (34 kes disahkan Covid-19; 23 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh baharu yang dilaporkan adalah 5,254 kes menjadikan 2,799,608 kes kumulatif yang telah sembuh daripada keseluruhan 2,895,014 kes setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here