Umno jangan buang masa, jalan terus…

0
2
bangunan umno

SEBENARNYA PAS telah lama membuat keputusan untuk bersama Perikatan Nasional (PN), kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, Umno tidak perlu menunggu pertimbangan PAS pada saat akhir sama ada menolak atau terus bersama Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

“Sebenarnya PAS sudah buat keputusan. Di PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka, PAS pilih PN bukan MN. PAS sudah tolak Umno. Maka jangan buang masa. Umno jalan terus walaupun terpaksa solo.

“PAS akan buat pertimbangan sebelum tolak Umno. Itu kenyataan Ketua Penerangan PAS. Jangan buang masa.

“Kita tahu, PAS tetap pilih PN. PN adalah survival politik PAS. Cuma PAS tidak jangka, Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri,” katanya di Facebook.

Minggu lalu, Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, muktamar khas mungkin diadakan untuk membincangkan hubungan kedua-dua parti sebelum dibawa ke Majlis Syura Ulamak untuk menentukan dasar parti.

Pada masa sama, Mohd Puad menegaskan, PAS sepatutnya telah lama faham situasi politik antara Umno dan Bersatu memandangkan perkara itu telah lama dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020.

“Umno pula sudah buat keputusan muktamad di PAU 2020. Tiada kerjasama dengan Bersatu. Itu bermakna Umno tolak PN. Umno kekal pertahankan MN.

“Sepatutnya PAS sudah lama buat keputusan. Kenapa PAS mahu buat pertimbangan ketika pilihanraya makin dekat? Sudah tentu ia akan jadi pertimbangan politik.

“Kelahiran PN bukan kerana prinsip ummah atau perpaduan Melayu. Ia lahir kerana ‘Sheraton move’. Target seterusnya ialah untuk bunuh Umno. Warna dan nama PN pun hampir sama dengan BN. Ada niat jahat,” katanya.

Menjelang PRN Johor, hubungan antara PAS dan Umno menjadi panas dengan beberapa kenyataan pemimpin utama parti itu mengecam Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here