Salah-Mane berentap di Final

0
2

FINAL Salah-Mane menjadi kenyataan apabila Mesir yang diperkuat Mohamed Salah mara ke final Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan tuan rumah Cameroon 3-1 dalam penentuan penalti di Yaounde.

Penjaga gol Mohamed Abou Gabal muncul wira Mesir apabila menyelamatkan sepakan penalti Harold Moukoudi dan James Lea-Siliki dalam penentuan di Stadium Olembe itu sebelum sepakan Clinton Njie tersasar dan memusnahkan harapan tuan rumah.

Terdahulu, dalam tempoh 120 minit permainan, kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan apabila terikat 0-0.

Salah, yang biasa mengambil sepakan penalti terakhir untuk negaranya, tidak diperlukan kali ini untuk Mesir mara ke final bertemu Senegal di Stadium sama Ahad ini.

Perlawanan akhir ini adalah pertembungan Salah dengan rakan sepasukan Liverpool, Sadio Mane, di mana The Pharaohs memburu gelaran kelapan untuk melebarkan rekod kejuaraan Afrika mereka manakala Senegal masih mencari mahkota sulungnya.

Kedua-dua penyerang sensasi Liverpool itu menunjukkan prestasi yang baik dan terpaksa berentap sesama sendiri dalam final nanti demi kejayaan negara masing-masing.

Semalam, Mane telah membantu Senegal menewaskan Bukina Faso 3-1. Dalam perlawanan itu Mane telah menjaringkan satu gol dan satu hantaran gol. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here