
SEBANYAK lapan kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 32,000 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, tiada kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan setakat semalam.
Setakat tengah malam tadi, terdapat 61,312 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 53,805 individu atau 87.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 4,209 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 3,298 kes dirawat di hospital dan 114 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Seramai 56 pesakit membabitkan kes ICU memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
