Harga ayam turun 20 sen, pencapaian kerajaan yang amat menyedihkan – AMK

0
2

RAKYAT masih merungut dan tidak faham kenapa kerajaan lebih mementingkan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berbanding membendung kenaikan harga barangan harian yang naik mendadak ketika ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir, berkata orang ramai ketika ini merungut serta marah harga barangan keperluan harian naik mendadak seperti tiada kawalan.

“Apa gunanya cerita nak buat pilihanraya bagai belanja ratusan juta ringgit tapi harga ayam pun mereka tak boleh uruskan!.

“Marah betul pak cik yang naik motor tadi bila bercerita kepada saya.

“Sambil saya dengar, sempat pula sepasang suami isteri yang juga bermotosikal di belakangnya sambung: ‘YB jangan bimbang, kami akan terus lawan!’,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Akmal berkata, luahan penduduk sekitar Larkin itu didengarinya ketika mengadakan #FoodbankJB secara pandu lalu di hadapan Extra Giant Taman Suria, semalam.

Beliau juga menyifatkan penurunan harga ayam sebanyak 20 sen adalah pencapaian kerajaan yang tidak boleh dibangga.

“Pengumuman Perdana Menteri beberapa hari lepas untuk kurangkan harga ayam 20 sen seolah-olah sebagai pencapaian kerajaan adalah amat menyedihkan!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here