JIPS siasatan tahanan lokap mati akibat Tibi

0
2
lokap

KES kematian tahanan yang dihantar ke lokap berpusat di Indera Mahkota, Kuantan pada 25 Januari lalu telah disahkan meninggal dunia akibat tuberkolosis (Tibi).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad, berkata tahanan terbabit merupakan lelaki berumur 38 tahun dari Penjara Penor, Kuantan sebelum dihantar ke lokap tersebut.

“Orang Kena Tahan (OKT) tersebut dari Penjara Penor, dihantar ke lokap berpusat terbabit bagi menghadiri perbicaraan pada 3 Februari bagi kes Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Azri berkata, OKT mengadu sakit dada dan telah dibawa ke Hospital Kuantan untuk menerima rawatan pada 28 Januari lalu.

“Pihak Hospital Kuantan memaklumkan bahawa OKT terbabit meninggal dunia pada 2 Februari lalu akibat tuberkolosis (Tibi).

“USJKT, JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here