Pemuda Umno gesa Tengku Zafrul tarik semula caj RM1 ATM

0
3

PEMUDA Umno menggesa Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menarik balik keputusan pelaksanaan semula caj RM1 bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank (MEPS) di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bermula 1 Januari 2022 lalu.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelaksanaan tindakan tersebut dilihat sebagai tidak prihatin kepada keadaan semasa rakyat yang masih bergelut dengan kekurangan tunai dan peluang pekerjaan yang rendah serta peningkatan berterusan harga barangan keperluan asas.

“Malahan tinjuan ekonomi bagi tahun 2022 juga menjangkakan prospek pemulihan ekonomi yang lembab bakal meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat.

“Sudahlah moratarium pinjaman bank mulai berakhir, manakala sehingga hari ini #TuntutanRakyat untuk pengeluaran kali terakhir RM10 ribu wang simpanan KWSP mereka juga masih dipandang sepi oleh kerajaan,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi memastikan konsep dan falsafah Keluarga Malaysia ini dirasai oleh rakyat kebanyakkan, maka kerajaan perlu untuk meneruskan pengecualian caj RM1 ini untuk sekurang-kurang setahun lagi.

Ini kerana katanya, Pemuda Umno tidak melihat bank utama tempatan akan berhadapan dengan sebarang masalah untuk menyerap caj RM1 kerana semakan keuntungan terkumpul mereka bagi tahun 2021 sehingga 30 September 2021 mencecah puluhan billion ringgit.

“Justeru, sekali lagi Pemuda Umno mendesak agar Menteri Kewangan untuk lebih berpihak kepada rakyat yang sedang susah dan gelisah dengan memenuhi tuntutan mereka termasuklah menarik balik keputusan untuk mengenakan caj pengeluaran ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here