Covid-19: 7 kematian baharu, 2 BID

0
2
grafik

SEBANYAK tujuh kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,992 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, dua daripada tujuh kes kematian yang direkodkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 60,117 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 52,639 individu atau 87.6 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 4,212 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 3,154 kes dirawat di hospital dan 112 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here