Polis siasat tahanan warga asing mati

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS sedang menyiasat laporan berhubung kematian mengejut seorang lelaki warga asing yang juga Orang Kena Tahan (OKT) di Hospital Kajang, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri, Ahmad berkata lelaki warganegara Myanmar itu telah dihantar ke hospital berkenaan pada Isnin lalu sekitar jam 8.10 pagi selepas mengadu tidak sihat dan ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.

“Hari ini pihak hospital memaklumkan bahawa OKT telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, katanya, pada jam 5.30 petang 30 Januari lalu, seorang lelaki tempatan telah menyerahkan lelaki warga asing itu kepada pihak polis di One Stop Centre Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor kerana dipercayai mencuri sebuah motosikal.

“Siasatan kes kematian mengejut itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan jabatan itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here