Mat Yo sertai Melaka United

0
2

PENYERANG sensasi skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menyertai pasukan Melaka United bagi pentas Liga Malaysia musim ini.

Norshahrul atau dikenali Mat Yo, 35, menyertai pasukan Hang Tuah selepas semusim bersama Sarawak United FC musim lalu.

Mat Yo bakal menjadi pilihan Melaka United membentuk gandingan mantap bersama Sony Norde dan Ifedayo Olusegun.

Norshahrul di antara pemain senior tempatan Kelantan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang serta BG Pathum United (Liga Thailand) yang masih beraksi serta pernah menyarung jersi beberapa pasukan Liga Malaysia antaranya bersama Kelantan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Terengganu, FELDA United FC dan Pahang selain berpengalaman menyertai kelab Thai League 1, BG Pathum United FC pada 2020.

“Beliau juga turut membuat lebih 80 penampilan bersama skuad kebangsaan dengan 14 gol di peringkat antarabangsa.

“Semoga dengan pengalaman yang dimiliki Norshahrul bakal membantu Skuad Hang Tuah dalam memberikan cabaran dalam semua saingan Liga Malaysia musim ini,” menurut kenyataan dikeluarkan kelab itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC (MUFC), Datuk Justin Lim mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di seluruh negara khususnya kepada penyokong skuad Hijau Putih.

“Semoga tahun Harimau membawa kekayaan dan kesihatan yang baik kepada semua. Sokongan berterusan anda kepada MUFC diyakini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kelab berkenaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here