Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

0
1

ALIRAN trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak susulan pertambahan kenderaan sejak petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran Facebook memaklumkan, trafik perlahan dilokasi menghala ke arah Barat atau Kuala Lumpur.

Katanya, trafik sesak dari Persimpangan Karak ke Plaza Tol Bentong, manakala situasi sama turut berlaku selepas Plaza Tol Bentong menghala ke Bukit Tinggi.

Bagi keadaan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara dilaporkan bergerak perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Rawang Selatan, dan dari Sim River menghala ke Sungkai.

Aliran trafik juga perlahan di Sungkai ke Bidor, dan sebelum masuk ke Plaza Tol Tapah.

Seterusnya, trafik perlahan selepas Tapah ke Hentian Sebelah Gua Temourung, dan Bandar Baharu ke Bandar Cassia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here