KES baharu Covid-19 masih melepasi angka 5,000 selama dua hari berturut-turut, apabila mencatatkan 5,736 kes hari ini.
Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 170 kes berbanding 5,566 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,882,060 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

