SEBANYAK 12,022,117 atau 51.4 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19, setakat semalam.
Mengikut data portal COVIDNOW, peratusan vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 97.9 peratus membabitkan 22,925,383 juta individu yang lengkap vaksinasi.
Sebanyak 99.1 peratus atau 23,202,227 juta individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Seramai 25,714,107 juta individu atau 78.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Manakala sebanyak 79.8 peratus atau 26,070,129 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi remaja pula, seramai 2,788,724 juta individu atau 88.6 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,867,902 juta individu atau 91.1 peratus mendapat satu dos.
Terdapat pertambahan 28,683 dos diberikan semalam, dengan 210 dos pertama, 288 dos kedua dan 28,185 dos penggalak.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 59,511,395 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

