Kanak-kanak cedera jatuh tingkat 4 bangunan

0
2

SEORANG kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Mahawangsa 1, Kuah, Langkawi, hari ini.

Mangsa berusia 12 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat empat bangunan yang letaknya berdekatan WE Hotel Langkawi, pada jam 8.15 pagi tadi.

Ketua Bomba Zon Langkawi Fadzlullah Mohd Noor, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam yang hadir di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra pada 8.23 pagi.

“Sejurus itu, tujuh anggota berserta dua jentera dari BBP Persiaran Putra dan BBP Langkawi dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadzlullah berkata, anggota bomba bertugas memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa yang didapati mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Sultanah Maliha dengan ambulans dan operasi tamat sepenuhnya pada 9.10 pagi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here