Masyarakat majmuk tidak cetuskan ketegangan kaum – Abdul Hadi

0
2
KUALA TERENGGANU 26 JANUARI 2019. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang semasa sidang media selepas menyampaikan Ucaputama dan Perasmian Program Simposium Seni & Hiburan Menurut Islam anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) di Dewan Teater, PPAT, Padang Hiliran. NSTP/IMRAN MAKHZAN

ISU ketegangan kaum tidak sepatutnya timbul kerana umat Islam mempunyai hubungan baik dengan China sejak zaman Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sepanjang menjalin hubungan diplomatik itu, tidak berlaku pertembungan antara kerajaan Islam dan China.

Menurutnya, Islam sampai ke China seawal kedatangan agama itu dan ia dibuktikan dengan kewujudan masjid di negara tersebut.

“Umat Islam juga mengambil manfaat daripada tamadun China dalam pelbagai bidang ilmu, seperti segmen pembuatan kertas, ilmu perubatan dan lain-lain.

“Justeru, berasaskan dasar tersebut, hubungan masyarakat majmuk di peringkat dunia ini sepatutnya tidak menimbulkan ketegangan antara kaum,” katanya di Facebook sempena sambutan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Islam tidak menghalang penganut agama lain untuk beramal dengan kepercayaan masing-masing.

“Apatah lagi untuk beramal dengan adat resam seperti Tahun Baharu Cina ini yang bertujuan menjalinkan hubungan erat antara ahli keluarga dan sanak saudara.

“Saya mewakili Pas mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada seluruh masyarakat Cina, khususnya Tionghoa yang hidup bersama kita di Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau turut berharap hubungan erat antara semua kaum berkonsepkan masyarakat madani akan terus terpelihara di negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here