Polis buru lelaki pukul isteri enggan rujuk semula

0
3

POLIS kini memburu seorang lelaki yang dipercayai mencederakan isterinya seperti dalam satu klip video tular di media sosial baru-baru ini.

Pergaduhan pasangan suami isteri dipercayai berlaku di kawasan Tasik Darul Aman, Kedah pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila suspek berusia 33 tahun berang selepas mangsa enggan kembali hidup bersamanya.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu kini dalam proses untuk berpisah dan tinggal berasingan sejak 8 November lalu.

“Ketika kejadian, wanita berusia 22 tahun itu pergi ke kawasan tasik untuk mengambil anak perempuannya berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek.

“Namun, suspek disyaki memukul mangsa menyebabkan dia menjerit meminta tolong sebelum orang awam datang membantu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rodzi berkata, suspek bagaimanapun berhenti memukul mangsa dan melarikan diri selepas orang ramai memberi amaran untuk membuat laporan polis.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu melakukan pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di belakang pasar Changlun sekitar jam 1 pagi semalam untuk mengesan suspek.

“Polis masih mengesan suspek dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here