
MALAYSIA merekodkan 13 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, hanya empat korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia kini mencecah angka 31,978.
Johor dan Kelantan mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga, diikuti Sabah (dua kes), manakala Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu serta Kuala Lumpur (masing-masing satu kes).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 54,777 kes aktif dilaporkan, termasuk 114 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 62 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,232 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,870,758. – Malaysiapost
