8 kematian baharu akibat Covid-19

0
3
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya lapan kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 31,965 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu daripada lapan kematian yang dilaporkan adalah berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 53,248 kes aktif Covid-19 di seluruh negara termasuk 120 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 65 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi proses kuarantin, sebanyak 45,883 individu atau 86.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 4,247 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,056 kes sembuh turut dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 2,780,771 kes.

Kes baharu yang dilaporkan semalam adalah 4,915 kes menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,865,984 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here