TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor, manakala Datuk Hasni Mohammad sebagai Ketua Penyelaras.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, dan menjelaskan keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.
“Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera Barisan Nasional dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya.
Beliau berkata, BN bertekad untuk terus mempertahan dan mengemas kini kedudukan gabungan itu yang menjadi wadah politik negara selama ini.
Dalam perkembangan lain, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan parti itu akan bertanding pada PRB Johor.
Ahli Parlimen Muar itu menerusi Facebooknya berkata, ia sekali gus menjadikan PRN Johor sebagai negeri pertama parti itu bertanding.
“MUDA secara rasminya akan bertanding dalam PRN Johor 2022. Johor adalah permulaan bagi MUDA. MUDA adalah perubahan bagi Johor,” katanya. – Malaysiapost

