Zulin Aziz bertunang, bakal berkahwin 20 Febuari ini

0
2
zulin aziz

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz bakal mengakhiri zaman solo dengan kekasihnya, Farhan Norzaini pada 20 Februari ini.

Bekas penyampai radio itu berkongsi berita baik tersebut menerusi hantaran terbaharu di laman Instagramnya.

Zulin, 33, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz juga memuat naik beberapa gambar terkini selepas melangsungkan majlis pertunangan dengan Farhan semalam.

“Alhamdulillah, kami memilih tarikh ijab dan kabul pada 20 Februari ini.

“Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Semakan di InstaStory, Zulin memuat naik foto berinai dan pelamin majlis pertunangannya.

Dalam hantaran itu juga kelihatan beberapa rakan artis yang juga sahabat baik Zulin turut hadir ke majlis pertunangan itu.

Pasangan itu mengenakan busana sedondon berona hijau, dan bergambar bersama-sama di atas pelamin.

Sebelum ini, Zulin memaklumkan dia sudah mengenali kekasihnya sejak setahun lalu yang juga rakan perniagaannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here