Trafik perlahan di lebuh raya utama pagi ini

0
1

ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan sejak jam 8 pagi tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerus Facebook memaklumkan, trafik mulai bergerak perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sejak jam 8.35 pagi tadi.

Ia membabitkan laluan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak dari MRR2 dan selepas Hentian Gombak ke Terowong Genting Sempah.

“Trafik mulai sesak di kawasan rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan Lentang ke Plaza Tol Bentong,” katanya.

LLM juga melaporkan, trafik juga dilaporkan perlahan di lebuh raya berhampiran Sungai Buloh ke Rawang susulan kemalangan di KM 440.3, kira-kira jam 8.52 pagi tadi, namum tiada lorong terhalang.

Selain beberapa lokasi, termasuk Slim River ke Sungkai; Tapah ke Gopeng; Bukit Tambun ke Juru turut perlahan.

“Namun, trafik di sepanjang laluan utama lebuh raya masih dalam keadaan lancar dan terkawal termasuk lokasi di sekitar Plaza Tol Karak dan Kuala Terengganu.

“Sementara itu, trafik mulai perlahan di lokasi Arah Selatan iaitu Putra Mahkota ke Nilai,” katanya.

Semalam, PLUS Malaysia Berhad (Plus) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan, sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina bermula semalam hingga 6 Februari depan.

Sehubungan itu, Plus mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi menguruskan peningkatan trafik yang mendadak, sekali gus sebagai rujukan dan panduan orang ramai dalam merancang perjalanan mereka.

Ketua Pegawai Operasi Plus Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya menggalakkan orang ramai merancang perjalanan berpandukan kepada TTA, bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuh raya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi, terkumpul di satu-satu lokasi lebuh raya secara serentak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here