POLIS akan menjalankan siasatan terhadap kes kematian orang kena tuduh (OKT) di lokap Balai Polis Marang, Terengganu.
Ketua Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada jam 3 petang tadi.
Menurutnya, OKT tersebut adalah seorang lelaki berumur 38 tahun.
“Mangsa ditahan direman selama tiga hari bermula 28 Januari 2022 (hari ini) hingga 30 Januari 2022 mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
“Perintah reman dibuat di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan (USJKT) JIPS. – Malaysiapost

