Agong dibenarkan keluar IJN hari ini

0
2

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Surau Utama Istana Negara, hari ini.

Istana Negara menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, Seri Paduka Baginda sebelum itu berkenan berangkat pulang ke Istana Negara pada jam 11 pagi tadi, setelah selesai menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat terhadap keafiatan Baginda dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Baginda,” menurut kenyataan itu.

Ahad lalu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan itu adalah berkaitan rawatan intervensi pada sendi-sendi lutut dan buku lali yang dijalani oleh Seri Paduka di IJN pada 24 September lalu.

Menurutnya, intervensi itu dibuat setelah Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) menunjukkan kecederaan pada sendi-sendi lutut dan buku lali Al-Sultan Abdullah ketika bersukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here