KES baharu Covid-19 masih melepasi angka 5,000 dua hari berturut-turut apabila mencatatkan 5,522 kes hari ini
Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 83 kes berbanding 5,439 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,855,930 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

