Ayda Jebat, Nabil Mahir beli rumah banglo hadiah anniversary

0
2

PASANGAN selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir membeli banglo tiga tingkat sebagai hadiah sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka.

Ayda atau nama sebenarnya Nor Suhada Jebat, berkata beliau bersyukur hasil kerja keras mereka akhirnya dapat membeli rumah yang idamkan selama ini.

Ayda juga menyifatkan pembelian rumah itu adalah rezeki anaknya, Ana Nayla.

“Hadiah Anniversary sampai lambat tapi rezeki tak salah alamat.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

“Semua kerja keras, pengorbanan, kurang tidur, struggles, downfall semuanya berbaloi.

“Kerja siang malam ke pagi sampai tak mampu nak buka mata dah tapi muka masih senyum depan camera, yang tau je tau haha! Tahniah untuk awak @nabilmahir dan saya! Rezeki baby jugak,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Nabil juga turut berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagramnya.

“Kita berjaya! Alhamdulillah kita berjaya beli rumah baru untuk keluarga,” luahnya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Ana Nayla pada 21 September 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here