Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat

0
4
KKM perkenal sistem amaran jika kes Covid-19 terus meningkat KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan mengumumkan satu sistem amaran berisiko tinggi dalam masa terdekat sekiranya gelombang kes Covid-19 meningkat ke tahap kritikal. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sistem amaran itu dijangka diumumkan dalam satu hingga dua minggu lagi. “Saya hendak mengumumkan dalam masa terdekat dalam masa satu hingga dua minggu lagi satu sistem yang dinamakan Sistem Amaran Berisiko Tinggi. Hampir semua negeri telah berada di fasa empat dan mereka tidak boleh berpatah balik. “Saya telah maklumkan kepada jawatankuasa pengurusan pandemik, sekiranya ada tanda sudah rasa masuk dalam keadaan bahaya saya akan mengumumkan sistem amaran ini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, lapor Kosmo, hari ini. Khairy juga memberitahu, kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan sekatan penuh pada masa akan datang, namun memaklumkan terdapat beberapa sektor yang akan diperketatkan operasinya. “Jika boleh saya mahu elak sekatan penuh (kerana) bukan hanya mengganggu ekonomi, termasuk juga kesejahteraan dan mental rakyat. Mereka (rakyat) tidak boleh melalui lagi sekatan penuh. “Ada beberapa sektor yang akan diketatkan dan saya akan mengumumkan serta dalam keadaan apa sistem yang akan dipakai. “Kementerian saya sudah bersedia dengan sistem ini apabila ada kenaikan dan sekiranya sudah melepasi nilai ambang. Bukan sekatan secara penuh, tetapi ada sekatan yang diperketatkan,” katanya. Sementara itu, Khairy turut menyarankan kepada mana-mana penerima vaksin Sinovac untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 terutama dalam kalangan warga emas. “Vaksin Sinovac memang berkesan bagaimanapun, keberkesanannya cepat menurun berbanding Pfizer. “Saya menggalakkan mereka (penerima Sinovac) terutama bagi warga emas penyakit kronik (komorbid) untuk mengambil dos penggalak ini,” katanya. -Malaysiapost

KADAR kebolehjangkitan (RT) bagi wabak Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan dengan nilai Rt dilaporkan semalam adalah 1.15.

Berdasarkan info grafik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, peningkatan nilai RT dicatatkan sejak 17 Januari lalu.

Statistik turut menunjukkan peningkatan ketara kes harian sejak Isnin lalu yang mencatatkan 3,214 kes dan semalam 5,439 kes.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Negeri Sembilan mencatatkan nilai RT tertinggi iaitu 1.21.

“Kedah mencatatkan RT 1.16, manakala nilai RT di Johor pula 1.14, diikuti Pulau Pinang 1.10.

“Kuala Lumpur merekodkan RT 1.08, manakala Melaka, Selangor dan Putrajaya masing-masing mencatatkan nilai RT 1.07,” katanya.

Beliau berkata, Kelantan mencatatkan RT 1.05, manakala Sabah 1.04, Pahang 1.03, Perak 0.99 dan Terengganu 0.87.

“Sarawak mencatatkan 19 kes, diikuti Labuan 18 kes dan Perlis 16 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here