Vida sebak, mohon maaf pada Anuar Zain

0
2

SELEPAS dikecam hebat, jutawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf terbuka kepada penyanyi popular, Anuar Zain.

Ia susulan video tular di laman sosial baru-baru ini yang mana Vida didakwa melabel penyanyi lagu Lelaki Ini itu seorang lelaki homoseksual atau gay.

Menerusi video dimuatnaik di Instagram, Vida dengan nada sebak meluahkan permohonan maaf atas kekhilafan, kekeliruan dan perkataan diungkapnya yang mengguris hati banyak pihak.

“Peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud, tidak berniat. Mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja. Saya tak boleh nak recall balik apa yang saya cakapkan itu.

“Sebab benda ni sudah lama sebenarnya, baru sekarang muncul,” katanya yang turut menyatakan hasrat bertemu Anuar secara peribadi untuk memohon maaf.

Vida berkata beliau amat meminati Anuar Zain dan lagu Lelaki Ini, namun tidak menyangka situasi menjadi begitu keruh ketika ini.

“Apa lagi saya dapat ucap melainkan memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain dan keluarga Zain.

“Maafkan saya dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada, insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi video yang memaparkan jutawan kosmetik itu membalas pertanyaan seorang peminat di media sosial.

Dalam video berkenaan, individu itu mahu Vida memikat Anuar, lalu dia membalas pertanyaan itu, dengan mengatakan ‘gay’.

Bagaimanapun, menerusi laporan media, Vida semalam menjelaskan dia tidak menyatakan ‘gay’ namun sebaliknya menyebut ‘kay’ yang bermaksud okay. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here