Nahas jalan raya: Dollah jalani prosedur MRI

0
2

BEKAS jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh yang terlibat nahas jalan raya baru-baru ini, telah menjalani prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) semalam.

Difahamkan prosedur itu dilakukan Dollah, 59, susulan tengkuknya tidak boleh digerakkan serta terasa sakit.

Perkembangan itu dikongsi bekas pemain Selangor serta rakan sepasukan Dollah dalam skuad kebangsaan, Azman Adnan menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

“Alhamdulillah. Hari ini (semalam) abang berkesempatan melawat sahabat Dollah Salleh yang kemalangan jalan raya tempoh hari. Selagi tak melawat, memang tak sedap hati abang.

“Hari ini abang Dollah buat MRI, katanya tengkuk tak boleh pusing dan terasa sakit. Mari kita doakan semoga beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Pada 18 Disember lalu, Dollah dan keluarga terlibat kemalangan apabila Toyota Vellfire yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di Kuala Pilah.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, Dollah yang juga penumpang kenderaan mengalami sakit di bahagian tengkuk manakala tujuh yang lain dipercayai keluarganya tidak mengalami kecederaan serius. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here