Vaksinasi tinggi kawal gelombang Omicron di Malaysia – KJ

0
2
PUTRAJAYA, 9 Sept -- Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media di Kementerian Kesihatan hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui gelombang Omicron telah bermula di Malaysia dengan kes harian Covid-19 akan meningkat.

“Kes akan naik namun Insya’Allah terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Sistem kesihatan sudah bersiap siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai mendapatkan vaksin serta suntikan ‘booster’ susulan peningkatan kes Covid-19 dan Omicron.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan pengasingan diri jika bergejala. 

“Sila lakukan ujian sendiri berkala dengan Rtk Ag. Penting untuk mengelakkan ruang sesak dan terkurung. 

“Ambil semua langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri anda dan orang tersayang anda,” ciapnya di Twitter. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here