Kes Covid-19 naik kepada 4,744

0
3

KES baharu Covid-19 terus mencatatkan peningkatan mendadak apabila melaporkan sebanyak 4,744 hari ini.

Angka terbaharu itu menyaksikan jangkitan Covid-19 di Malaysia kekal melebihi 4,000 buat hari kedua berturut-turut.

Ia juga angka tertinggi dicatatkan di seluruh negara sejak 10 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,844,969 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini.

Semalam, negara mencatatkan 4,066 kes baharu Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here