MBSJ arah 17 premis dikosongkan susulan tanah runtuh

0
2

BEBERAPA premis komersial berhampiran kawasan runtuhan tebing di Jalan LP 1A/2, Lestari Perdana, Seri Kembangan, semalam diarah menghentikan operasi dan mengosongkan premis sehingga kawasan berkenaan disahkan selamat.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, memaklumkan arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Serdang A Anbalagan atas nasihat Jabatan Kejuruteraan MBSJ dan bomba.

Menurut MBSJ, keseluruhan 17 premis komersial diarahkan menghentikan operasi dan pemilik kenderaan di kawasan tersebut turut diarah mengalihkan kenderaan masing-masing serta-merta.

“Pasukan PANTAS MBSJ bergegas ke lokasi selepas mendapat makluman daripada pihak bomba Selangor. IPD Serdang turut sama membuat kawalan dan pemantauan awalan.

“Hasil siasatan mendapati runtuhan tebing adalah sepanjang 90 meter (m) dengan ketinggian 9m melibatkan kawasan tempat letak kereta dan sebahagian jalan.

“Lima kenderaan terlibat di dalam kejadian runtuhan tersebut namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Media semalam melaporkan berlaku runtuhan tebing akibat mendapan tanah di kawasan berkenaam petang semalam.

Penolong Penguasa II Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Saharudin Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 6.38 petang.

Sementara itu dalam satu lagi hantaran, MBSJ memaklumkan tindakan serta merta akan diambil di kawasan yang terlibat di mana kerja-kerja pengukuhan tebing akan dijalankan bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk.

“Pihak MBSJ akan mengenalpasti punca runtuhan dan merangka pembaikan dengan kadar segera,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here