Polis buru wanita pecah amanah RM500,000

0
2
Polis Di Raja Malaysia

POLIS kini memburu seorang wanita tempatan yang dipercayai terbabit dalam kes pecah amanah membabitkan wang penyelenggaraan sebuah kondominium di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan susulan kenyataan media dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Kondominium OG Height, semalam.

Menurutnya, dalam kenyataan media itu pengurusan kediaman terbabit mendakwa berlaku pecah amanah membabitkan seorang kakitangannya telah menghilangkan diri sejak September 2020.

“Kes membabitkan kerugian bernilai kira-kira RM500,000 dan suspek adalah wanita tempatan yang bekerja sebagai pengurus bangunan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan siasatan awal mendapati suspek telah menggeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukkan wang kutipan ke dalam akaun syarikat sejak Julai 2016 hingga September 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mendapatkan jumlah kerugian sebenar dan dokumen lengkap dari pihak Perbadanan Pengurusan kondominium berkenaan.

“Pihak polis telah memanggil beberapa saksi berkaitan kes ini bagi membantu siasatan dan usaha mengesan suspek juga giat dijalankan bagi tindakan sisatan selanjutnya.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.

“Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2287 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berkaitan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here