PRN Johor: Umno pernah tawar 4 kerusi boleh menang kepada PAS – Hasni

0
2
Johor Mentri Besar Datuk Hasni Mohammad during press conference at Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar on Wednesday (March 11)

UMNO Johor sebelum ini pernah menawarkan empat kerusi kepada PAS sekiranya parti itu bersama dengan Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), namun tawaran itu ditolak.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad yang menjelaskan tawaran itu pernah dibincangkan ketika pertemuan beliau dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, namun PAS menolak tawaran itu kerana mendakwa lebih selesa dengan Bersatu memandangkan parti itu menawarkan 15 kerusi kepada PAS.

“Tuan Ibrahim datang jumpa saya, saya maklumkan pada dia kalau di Johor, saya dah berbincang dengan 26 Ketua- ketua bahagian dan kita pun dah menemui kata sepakat.

“(Kita maklumkan) kalau nak bersama-sama dengan kita (PRN Johor) kita boleh sediakan empat kerusi untuk PAS. Iaitu empat kerusi yang Umno jamin boleh menang.

“Tetapi dia (PAS) lebih selesa dengan Bersatu, kerana Bersatu menawarkan 15 kerusi untuk mereka,” katanya.

Belia berkata demikian dalam ucapan ketika Mesyuarat Umno Bahagian baru-baru ini.

Sehubungan itu, Hasni yang juga Menteri Besar Johor berkata, retetan daripada itu Umno terpaksa mengambil keputusan untuk bertanding secara solo dalam PRN Johor

“Tak apalah (kalau tidak mahu bersama Umno). Banyak perkara-perkara yang kita bincangkan dengan (PAS) apa yang pernah kita tandatangani dengan piagam Muafakat Nasional.

“Jadi terpaksalah kita kekalkan pendirian dari awal bahawa kita tetap akan ‘pergi bersendirian’ atau solo dalam PRN akan datang,” katanya.

Terdahulu, BN mengumumkan hasrat bertanding secara solo dalam PRN Johor kerana yakin mampu memperoleh kemenangan dua pertiga majoriti.

Hasni yang juga Pengerusi BN Johor, berkata, gabungan tersebut akan bertanding di semua 56 kerusi DUN dan tidak memerlukan kerjasama dengan mana-mana parti yang berada di luar BN.

“Kita akan cadangkan kepada BN Pusat untuk BN Johor bertanding sendirian dalam PRN, kita yakin boleh menang tetapi apa pun keputusan ini terpulang kepada pucuk pimpinan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here