PRN: Kami akan lakukan yang terbaik – DAP Johor

0
2
Logo DAP

JAWATANKUASA Negeri DAP Johor semalam mengadakan mesyuarat bersama semua Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu, antara lain sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusinya, Liew Chin Tong berkata DAP Johor akan berusaha sehabis baik untuk memperoleh keputusan yang terbaik dalam PRN berkenaan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), Sabtu lalu.

“Kami akan melakukan yang terbaik dalam PRN Johor yang akan datang,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebooknya hari ini.

Sebelum DUN dibubarkan, DAP memiliki 14 daripada 56 kerusi di Johor manakala rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR dengan tujuh kerusi manakala Amanah mempunyai enam kerusi.

DUN Johor diterajui Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi merangkumi Umno (14 kerusi), MIC (dua) serta disokong Bersatu (11) dan PAS (satu). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here