Janji temu vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun dibuka 31 Januari

0
1

SISTEM tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera untuk pemberian vaksin Covid-19 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun akan mula dibuka penghujung bulan ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, tempahan janji temu vaksinasi dibuka secara berperingkat bermula dengan ibu bapa di kawasan Lembah Klang.

“Sebagai pemulaan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggungan dalam aplikasi MySejahtera mereka.

“Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang terlebih dahulu,” kata KKM dalam infografik di laman Facebook.

Khamis lalu, media melaporkan KKM akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bermula Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu adalah berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG), dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak.

Katanya, pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak tersebut akan diadakan pada 3 Febuari ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here